Dalam melakar sebuah diari...pelbagai kisah hidup aku ceritakan...pelbagai perasaan hati aku luahkan...pelbagai permintaan aku kemukakan..namun ku tahu, KAU tetap setia mendengar...Walau aku tidak tahusejauh mana diari ini dekat denganMu,walau aku tidak tahusejauh mana diari ini diangkat kepadaMu,walau aku tidak tahusejauh mana dari ini baik pada pandanganMu,namun ku tahu, KAU tetap setia mendengar...Ya Rabb,episod diariku kali ini,hanya luahan rasa syukur,syukur yang teramat syukur,atas segala nikmatMu...


zikrullah n doa

Adakah kita Permata Yang Dicari??




Dari pengalaman hidup melihat sikap dan karakter lelaki yang berada di sekeliling, maka insan yang bernama perempuan sering memerhati dan akhirnya mempelajari apakah ciri-ciri yang baik pada seorang suami.

Bukan lelaki sahaja yang bisa tidak tentu arah bila melihat perempuan solehah idamannya, bahkan yang bernama perempuan itu juga bisa bergetar hatinya melihat lelaki yang soleh. Hingga tersemat di sudut hatinya, berdoa dan meminta pada ALLAH agar dipilih oleh lelaki soleh itu..

Betul tak saudara-saudara perempuanku… :P

[Ya, bukan semua.. sebahagian perempuan tidak terusik hati pun dengan kebaikan dan kesolehan lelaki…]

Idealnya, semua yang memiliki hati perempuan inginkan bakal suami yang baik, bertanggungjawab, peramah, penyayang, beriman, beramal soleh, berilmu…

Ada yang inginkan yang kaya dan hensem..yang penuh sifat kelelakian.

Ada yang inginkan yang sekufu dan ‘sekepala’…

Ada yang inginkan sama-sama aktif dalam jemaah dan dakwah. Sama-sama bersemangat dalam kerja-kerja sosial dan kebaikan.

Namun, apakah realiti yang sering berlaku…?
Bila suami baik…

“ Abang ni baik sangatlah.. kalau ya pun nak buat baik, agak-agaklah sikit…” luah si isteri tidak puas hati si suami membeli kereta baru untuk ibu dan ayah mertua. Apatah lagi, suami tidak melayan permintaan isteri untuk bercuti ke negara empat musim. Sedangkan kereta itu untuk mengganti kereta lama yang telah terlalu uzur.

Bila suami bertanggungjawab…

“Abang ni asyik balik kerja lewat.. Bila tak kerja pulak, ada je urusan lain yang tak habis-habis.. Abang tinggalkan saya sorang-sorang layan anak kat rumah..”

Sedangkan suami pulang lewat kerana mengurus perniagaannya dengan penuh tanggungjawab. Kerana kemudiannya dia ingin melaksanakan tanggungjawab memberi makan minum pakai pada anak isteri. Kerana dia juga ada tanggungjawab dakwah dan membantu ummah, bukan sekadar mencintai isteri dan anak-anak.

Bila suami berkarakter penuh kelelakian, kita para isteri ingin mem ‘perempuankan’ diri si suami. Diajak suami bershopping baju dan kasut lama-lama, diajak suami bersembang dan bergosip lama-lama tanpa arah tuju, ingin melihat suami juga menangis terharu bila sesuatu yang menyentuh berlaku.. sedangkan itu semua jauh dari minat dan sifat kebanyakan lelaki..

Akan sabarkah kita dengan suami yang baik dan bertanggungjawab sebegini..? Yang berkarisma dengan kelelakiannya…?

Atau kita hanya ingin menjadi isteri yang memiliki suami yang lalai tanggungjawab kerana sibuk memenuhkan keinginan nafsu dan kehendak isteri yang tak pernah puas..?

Bila suami peramah..

“ Abang ni tak payah lah senyum kat semua orang, tak payah sembang dengan diorang selalu.. seronok la perempuan tu abang senyum kat dia, layan sembang..”

Padahal si suami cuba berbaik-baik dengan kakak ipar dan adik ipar perempuan supaya tidak dikatakan sombong dan dingin.

Bila suami berilmu, beriman dan beramal soleh…

“Abang ni asyik baca buku..asyik depan laptop menulis.. bila hujung minggu, sibuk dengan program dakwah, kelas quran lah, kuliah lah, daurah lah.. bila abang nak spend masa dengan saya dan anak-anak..!” ujar isteri dengan rasa sedih tak puas hati.

Sedangkan dulu si isteri mengagumi lelaki yang nampak ke depan dalam program dakwah. Si isteri terkagum-kagum dengan aura ilmu dan keimanan yang terpancar di wajah pemuda dakwah itu. Si isteri tertarik dengan kemurahan hati pemuda itu bersedekah. Si isteri dulunya teruja untuk bersama pemuda dakwah yang giat aktif..

Dan akhirnya meluahkan… “Lebih baik saya kahwin dengan orang biasa..”

Kerana setelah berkahwin dengan ustaz, pendakwah, agamawan, ilmuwan, jutawan, dermawan.. ternyata para isteri sukar untuk menerima gaya hidup suami yang kononnya dulu itulah ciri-ciri idaman.

Dan bagi yang bernikah dengan ‘orang biasa’, mereka berharap pula mendapat ‘orang-orang agama’.

Sedangkan nantinya, sukar para isteri untuk menerima apa-apa kesalahan dan kesilapan suaminya.. Orang agama diharapkan seperti malaikat suci diri sempurna peribadi.

“Tak sangka suami aku macam tu, dia tu kan penghafaz Al Quran..”

“ Suami saya tu namanya je pegawai di jabatan agama tapi…”

“Dengan orang lain sibuk berdakwah, dengan isteri dan anak sendiri tak ada masa…”

Sedangkan seorang suami itu- ‘orang agama atau orang biasa’ - mengharap kita menerima kelemahan dirinya seadanya.

Seorang suami itu harapkan kita bersabar dan kuat mengurus emosi sendiri dan keluarga sewaktu ketiadaannya.



Seorang suami itu juga mengharap isteri tidak berhenti menuntut ilmu, agar mampu mendidik fitrah anak dan mencorak rumahtangga dengan suasana islami. Suami keluar berkerja dan berdakwah, isteri di rumah konsisten dan strategik mentarbiyyah [mendidik].

Suami berharap isteri berhenti bergosip dan bersembang kosong tentang artis atau orang lain, tentang fesyen, tentang perabot, make-up, tentang melancong yang memakan kos yang banyak dan topik lain yang menjauhkan famili dari kesederhanaan dan keredhaan tuhan.

Setelah bernikah, ternyata kita yang bernama isteri tidak sabar dengan ciri yang kita idamkan dulu..?

Atau kita yang tidak pandai membawa diri dengan karakter suami yang pelbagai bentuk dan gaya…?

Atau kita jarang sekali merasa cukup dengan masa, wang dan kemesraan yang suami kongsikan…?

Ingin yang sekufu, namun sedarkah bahawa sekufu itu boleh jadi kupu-kupu yang meninggalkan pasangannya jika kita tidak bersungguh berubah ke arah kebaikan…dan menjadi renggang jika kita tak pandai memimpin pasangan kepada kebaikan?

Manusia itu mungkin, mungkin pada satu tahap boleh sekufu.

Tapi realiti nya, manusia sentiasa dan kerap berubah. Kepada yang lebih baik atau lebih teruk. Tak akan terus sekufu.

Dan kita tak berubah dengan kadar dan cara yang sama dengan pasangan hidup. Apapun, moga perubahan itu destinasinya sama –menuju redha Ilahi.

Lalu sebenarnya, yang teramat penting adalah kemampuan kita para isteri membawa diri dalam rumahtangga yang dibina setelah membuat keputusan dengan istikharah dan musyawarah.

Mampu membawa diri yang bagaimana..?

Jika suami kaya, bagaimana untuk kita memahami dan menghormati gaya hidupnya yang berbeza dari kita ‘orang kampung’ (yang tak berapa kaya).

Jika suami orang kampung, bagaimana kita perlu bijak menyesuaikan diri dengan suasana kekampungan dan tidak menunjuk muka serba tak kena kerana ‘kebandaran’ kita.

Jika suami bijak atau bergulung ijazah hingga PhD, bagaimana untuk kita membina kecerdasan diri agar kita tidak seperti budak tadika yang banyak sangat tak tahu..

Jika suami miskin atau berpangkat lebih rendah, bagaimana untuk kita merendah hati dan bergaul mesra dengannya agar dia tidak merasa tertinggal di belakang isteri, kerana selamanya seorang suami harus di atas sebagai pemimpin yang wajar ditaati dan dihormati.

Jika suami sebaya atau lebih muda, bagaimana untuk kita taat dan redha dengan keputusannya, kerana kita rasa kita lebih matang dari dia atau kita dengan dia sama sahaja, bukan pandai sangat buat keputusan.

Jika suami lebih berusia, bagaimana untuk kita memahami dan meletakkan diri sejajar dengan banyak pengalaman dan pengetahuannya..

Jadi, simpan sebentar senarai calon suami idaman..

Ayuh kita buat senarai menulis apa kekurangan diri kita, apa skills dan value yang kita perlu tambah pada diri dalam rangka menjadi isteri idaman … apa senarai kekuatan yang perlu kita bina, agar kita mampu menjadi isteri yang pandai membawa diri, walau siapapun ditakdirkanNYA buat kita…

Di lempar ke lautan menjadi pulau, di lempar ke awan menjadi bintang yang berkerdipan..

Menjadi isteri yang bahagia bukan dengan mengharap, mengharap dan banyak menerima, namun dengan banyak memberi, memberi dan terus mencari kebaikan dalam setiap keadaan..

Sekian perkongsian, harap bermanfaat..

Mak......saya nak nikah awal....

Semasa meningkat remaja, saya mencari-cari kelebihan berkahwin awal supaya saya termotivasi untuk bernikah awal. Dan ditemui antara kelebihan berkahwin adalah ia menjaga kesucian diri dan hati. Memelihara pandangan dan kehormatan.

Ya, saya pun kemudiaannya berada di fasa yang sama dengan teman-teman, terdorong untuk bernikah untuk menjaga hati...
Tapi saat ini, saya tidak memandang lagi semua itu sebagai KELEBIHAN berkahwin awal, tapi KEWAJIPAN dan KEUTAMAAN berkahwin awal.

“Susah sangat ke nak jaga hati…??”

“Kenapa tak sabar tunggu hingga habis belajar…??”

“ Tak payahlah selalu contact dengan lelaki tu kalau hati tak tenang..!??”

“Kan selalu ikut program agama, takkan boleh terjerumus maksiat….!??”

“Orang lain bercinta juga, tak lah sampai nak berzina…!??”

“Janganlah ikut sangat perasaan…”

Mungkin ini adalah antara dialog luahan-luahan mak ayah kita bila saatnya kita menyuarakan keinginan untuk bernikah di usia awal 20an.

Lantas kita merasakan ibu bapa tak memahami ‘situasi getir’ yang kita hadapi dalam era moden dunia tanpa sempadan.



Ya, memang ibu bapa kita kebanyakkannya tak faham..kerana kita juga tak berusaha untuk faham apa yang mereka faham.

Yang mak ayah kita faham, kita masuk universiti untuk belajar. Dan belajar. Dan belajar. Hingga dapat segulung ijazah. Kemudian dapat perkerjaan yang menjamin masa depan.

Kemudian berkongsi sedikit kesenangan dengan adik-adik dan famili. Kemudian, silakanlah merancang untuk pernikahan. Waktu itu, tenangnya hati mak ayah kerana kita telah ada pendapatan bulanan. Mungkin ada juga sedikit wang simpanan.

Mak ayah kita punya harapan dan perancangan sebegitu kepada anak-anak kerana MUNGKIN mereka membandingkan zaman pergaulan kita dengan situasi muda mudi zaman 70an dan 80an.

Sedangkan kita di ‘era depan’ 2010, 2011, 2012…

Kita tidak lagi di zaman public phone, perlu ada syiling yang cukup untuk meluah perasaan mencambah perasaan dengan ‘teman tapi mesra’ itu.

Kita tidak lagi di zaman mengutus surat menyatakan rindu sayang, jika bersurat, rasa rindu dan sayang hanya sampai kepada si dia setelah jiwa bergelora kita menjadi reda.

Komunikasi yang terbatas waktu dulu tidak memungkinkan perkenalan sebulan dua membawa kepada keinginan yang dasyat untuk berzina…!

Kita bukan di zaman perlu menunggu dan menaiki bas untuk keluar dating…

Kita bukan di zaman mengintai dari jauh buah hati yang sering diingat-ingatkan..

Namun, kita berada di zaman yang amat sukar kita tewaskan segala dugaan dan godaan, dengan lemahnya jiwa dan perasaan.



Mak ayah nampak macam kita menjaga pergaulan lelaki dan perempuan, namun hakikatnya saban waktu kita berdekatan lelaki dan perempuan, dengan terciptanya handphone, laptop etc di samping berkembang majunya cara berkomunikasi dan laman sosial.

Mula dengan saling berkenalan di alam kampus atau luar kampus, di alam maya atau alam nyata.

Ada handphone, boleh call dan sms berjam-jam melayan suka dan cinta yang mekar tumbuh di jiwa. Bila semakin rapat, boleh bermesra hingga menimbulkan keghairahan hanya melalui telefon..

"Abang.."

"Sayang.."

"Darling.."

"Muah muahss.."

Dari text "...dah makan, buat apa tu"  kepada..  "....sayang tidur pakai apa.."

"nanti call kejutkan bangun tahajud ya.. abang nak dengar suara sayang.."

Perasaan orang muda bertali arus dengan gelora cinta, wahai ibu ayah, kami tidak ada kekuatan menepis semua ini...

Kalau smartphone, lebih canggih dugaannya untuk menjaga kesucian hati dari segala kemudahan bercinta terhidang depan mata, hanya di telapak tangan.

Dulu ada komputer hanya untuk menyiapkan tugasan dan kerja-kerja sebaiknya.

Kini ada laptop atau komputer peribadi dilengkapi internet yang menjadi wasilah penting untuk mempertaut hati.

Pilih saja broadband yang bagus atau streamyx.. YM, facebook, twitter dan segala jenis social network ini melajukan curahan perasaan hingga tak mampu dikawal.

Curahan perasaan lambat laun membawa kepada bertukar-tukar gambar sendiri tanpa pakaian atau minima sekali… Gambar-gambar kaku kemudiannya dipanjangkan pada video sebenar…

Mak ayah mungkin tak faham dengan kewujudan video calls yang membolehkan bercinta bukan dengan hanya dengan pujuk rayu mesra, malah ada kebebasan untuk mempamerkan keindahan fizikal.

Dengan web cam yang jelas gambar dan cantik skrinnya, sendirian di bilik rumah sewa dan asrama masing-masing, siapa yang melarang untuk tidak membuka tubuh pada kekasih seperti malam pertama suami isteri..?

Tidak perlu menunggu bas untuk dating, si dia yang punya kereta bersedia mengambil dan menghantar… Di jalan-jalan sunyi, siapa yang kuat untuk tidak ringan-ringan sewaktu cinta kasih meluap-luap memenuhi perasaan…?

Jika di taman-taman dan kawasan peranginan jua jeram tak ada privasi bercumbu-cumbuan, siapa yang melarang untuk check-in di budget hotel RM9.90 semalam yang makin banyak di sekeliling tempat belajar dan tempat kerja kalian..

Mak dan ayah, kalaupun kami tak berpacaran, di jalanan banyak perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang hingga jiwa kami menjadi resah gelisah.. (ya, ia kesalahan kami tidak merendahkan pandangan)..

Mak dan ayah, kami tidak mahu terlibat dengan pacaran, namun teman-teman sekeliling banyaknya yang dah 'berdua', kami teringin juga sepertinya..

Mak dan ayah, inilah zaman yang kami berada di dalamnya. Tidaklah kami sekadar menyalahkan zaman, namun kami mencari alternatif menguatkan jiwa dan perasaan.

Kami ingin bernikah, bantulah kami menjaga sekeping iman dan akhlak yang makin hilang dengan segala kecanggihan hidup yang datang…



Kami ingin bernikah, bantulah kami berumahtangga agar pengajian berjaya diteruskan dan rumahtangga dipelihara dengan matang.

ALLAH berfirman, “…jangan dekati zina…” namun ke manapun kami berpusing, kami seolah-olah terlalu dekat dengan zina..

Kami akui kelemahan kami, kami akui kesilapan kami, bantulah kami mencari kehidupan yang suci dan tenang.. Bantulah kami untuk terus di atas jalan kebaikan.

Doa Buat Kekasihku...

Tuhanku.....
aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan 
menjadi sebahagian daripada hidupku
seorang yang mencintai-Mu
lebih daripada sesuatu
seorang lelaki yang akan meletakkan aku pada
posisi yang ke empat dalam hatinya
setelah Engkau,Rasul dan umminya
seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri
tetapi, untuk-Mu

Wajah tampan dan taya tarik fizikal
tidaklah penting
yang penting adalah sebuah hati
yang sanggup mencintai dan dekat dengan-Mu
dan berusaha menjadi sifat-sifat-Mu
ada pada dirinya
dan ia harus mengetahui bagi siapa
dan untuk apa dia hidup
sehinggan hidupnya tidaklah sia-sia...

Seorang yang miliki hati yang bijak
tidak hanya otak yang cerdas
seorang lelai yang tidak hanya mencintaiku
tetapi juga menghormatiku
seorang lelaki yang tidak hanya memujaku
tetapi juga dapat menasihatiku
ketika aku berbuat salah...

Seorang yang mencintaiku
bukan kerana kecantikanku
tetapi kerana hatiku
seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat
terbaikku setiap waktu
seorang yang dapat membuatkanku berasa seperti
seorang wanita ketika aku disisinya
Tuhanku...
Aku juga meminta
jadikanlah aku wanita yang membuatnya bangga
berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu
sehingga aku dapat mencintainya
sekadar hatiku......



Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1432H jatuh pada 26 November 2011 (Sabtu) dan 1 Muharram 1433H jatuh pada 27 November 2011 (Ahad). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1432H) dan doa awal tahun (1433H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….

Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Putus Cinta

Sebagai manusia, kita tidak akan lari dari perasaan kecewa dengan manusia kerana inilah ujian daripada Allah untuk kita sebagai hambanya yang hina. Namun, Allah juga memberi jalan penyelesaian untuk kita mengubatinya.

Doa Putus Cinta ( Mengatasi Kekecewaan):

Bila mengalami kekecewaan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri dan seumpamanya, maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekasih… letak tapak tangan pada dahi atau dada kemudian bacalah ayat:

( surah Ar-Ra’d ayat 39)

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada ‘Ibu segala suratan’.”


(ALLAH menghapuskan apa jua yang dikehendakiNYA)
Setelah selesai baca ayat ini genggam tapak tangan kemudian buat isyarat membuang.

Putus Cinta Itu Pedih, Namun Cinta Ilahi Takkan Terputus!!
Moga kita semua terhindar dari godaan syaitan yang sememangnya mahu menjauhkan kita dari Allah Yang Maha Penyayang.. Amin..

p/s: Sekadar perkongsian daripada sahabat untuk sahabat.Terima kasih wani hanafiah=)

La Tahzan Inallahu ma'ana


THIS WORLD IS A TEST,
A PLACE TO PLANT YOUR SEED.
IN THE HEREAFTER,
U'LL HARVEST YOUR CROPS ... 
Whenever you face difficulties,
turn to Allah FIRST before anyone else and see how you are given the strength & patience to bear what comes ...
If He has got u to it,
He will definitely get u through it !!!
sooner or later.
Just trust Allah 

"There is no true god worthy of worship but He, the Most Merciful, the Most Compassionate. [2:163]



The world has broken my heart, but that has leaded me to the path of ALLAH..
The world made blind, but that opened my eyes to ALLAH.

The world made me deaf, but it opened my eyes to hear the words of ALLAH..
The world made me a slave,
but that leaded me to be free by following the Sunnah of the prophet Muhammad SAW
The world made me a sinner,
but that made me admit to ask for forgiveness,
So all this time I thought the world hated me,
proved to be true love,
Love of ALLAH !!


"When Allah tests you, it is never to destroy you.
When He removes something in your possession,
it is only in order to empty your hands for an even greater gift!"

[ Ibn Al-Qayyim ]




Prophet SAW said  :
If any Muslim who suffers some calamity says that which Allah has commanded him:
‘We belong to Allah and to Him shall we return’:
"O Allah, reward me for my affliction and give me something better in exchange for it”,
Allah will give him something better than it in exchange.
(Muslim)



When you feel all alone in this world and there's nobody to count your tears,
just remember no matter where you are Allah knows ..


"The stronger the faith you have the more difficult the tests and trials you will face"

Wanita Solehah..Dicemburui Bidadari Syurga...


Bismillah...


WANITA SOLEHAH….
SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH

BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH

INILAH WANITA SOLEHAH
TIDAK MEMBIARKAN DIRI
MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA.....

DIRINYA TENTERAM
MEMBIARKAN HIBURAN
KIRANYA IA SEORANG ISTERI
KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI

SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HaDAPAN SUAMI
SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA
LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA
MEMADAI DENGAN APA YANG ADA
TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA
MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI
HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA
MENJADI KEKUATAN JIWA
UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA 




SEKADAR RENUNGAN BERSAMA..

aKu HaNyA wAnItA bIaSa....

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...

Terima kasih kerana telah memilihku antara ribuan bidadari di luar sana yang mungkin jauh lebih baik dan solehah berbanding diriku..Ketahuilah dirimu, sesungguhnya aku hanyalah wanita biasa yang jauh daripada kesempurnaan..kerana kesempurnaan itu hanyalah milik DIA..


Ketahuilah dirimu..

bahawa aku mungkin tidak sebjak Aisyah Humaira'..aku mungkin berbuat salah dan adakalanya mungkin akan menyebalkan..Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapi diriku..nasihatilah aku dengan hikmah wahai bakal zaujku..
Ingatlah, aku takkan selamanya dan selalunya akan kelihatan cantik di matamu..mugkin ada kalanya aku akan kelihatan kusam dan hodoh..mungkin kerana aku terlalu sibuk di dapur..menyediakan hidangan buat dirimu dan mujahid-mujahid cilik kita nanti..insyaALLAH..
maka aku mungkin tampak kotor dan berbau asap..Atau mungkin kerana aku harus mengemas istana kecil kita, agar kau dan mujahid-mujahid kita dapat tinggal dalam keadaan yang kemas dan menenangkan..Maka mungkin aku tidak sempat berdandan secantiknya untuk menyambutmu pulang kepenatan dari bekerja...maafkan aku wahai zaujku...

Atau mungkin kau akan melihat diriku terlelap saat mendengar keluhan dan ceritamu..bukan kerana aku tidak mahu mendengar celotehmu lagi..tetapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak..aku harus menjaga mujahid kecil kita yang terjaga sepanjang malam..dan kerana aku tahu dirimu yang kepenatan bekerja mencari rezeki untuk kami sepanjang hari, maka tidak sedikit aku mengusik lelapmu...dan esok pagi, andai kau melihatku begitu kepenatan dengan lingkaran gelap di mataku, tetaplah tersenyum padaku..kerana kau kekuatanku wahai suamiku..


Kepadamu yang bakal menjadi nakhoda sepanjang hidupku..

Aku mungkin tidak dapat menjadi setabah Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku menangis dan marah yang tak tertahan..kerana aku hanya wanita biasa..ada masanya aku memerlukan tempat untuk melepaskan rasa hatiku..melepaskan kepenatanku...dan yang aku perlukan saat itu hanyalah pelukan dan belaianmu..kerana kau ibarat titisan embun yang boleh memadamkan segala resahku...

Mungkin ada kalanya aku akan mencubit dan memukul perlahan si kecil kerana lelah dan penatku ditambah rengekannya yang tak pernah habis..Sungguh, tidak pernah terlintas untuk aku menyakiti mereka..bukankah mereka "our beloved lil mujahid"? Cuma kekadang aku mungkin kehabisan cara utk menenangkannya..Maka aku minta janganlah kau membentakku saat itu kerana telah menyakiti buah hati kita...cukup dengan kau usap kepala memujukku...kerana dengan itu aku tahu kau menghargai semua yang telah aku lakukan untuk kalian..maka, saat itu ka akan menemuiku menangis menyesali perlakuanku menyakiti mujahid-mujahid kecil kita..dan aku akan merasakan ribuan kali sakitnya dari apa yang telah aku perlakukan kepada mereka..maafkan aku wahai suamiku..






Kepadamu yang bakal menjadi imamku sepanjang hidupku..

Ketahuilah aku mungkin tidak sekuat Rabiatul Adawiyah..Maka jangan pernah jemu membangunkanku di sepertiga malam untuk bermunajat bersamamu kepada Yang Maha Pengasih..Jangan letih mengingatkan aku mendulang amalan-amalan sunnah..Jangan pernah bosan mengajari aku..membimbing aku ke arah-Nya...Bukankah telah kite berjanji untuk menjadikan pernikahan ini sebagai medium yang menguatkan lagi cinta kita kepadaNya..

Kepadamu kekasih hatiku duniaku akhiratku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambut yang dulunya cantik mengurai dan lebat menghitam, mula menipis dan memutih..Kulitku yang halus menegang kian kendur lalu tangan yang dahulu halus menjadi kasar..Aku bukan lagi wanita yang telah kau khitbah dahulu, janganla kau berpaling dariku wahai kekasih hatiku..kerana satu yang tidak akan pernah berubah hingga ke akhir nafasku...cintaku buat dirimu...i love u because of ALLAH..moga aku tetap menjadi bidadarimu lagi di syurgaNya nanti..

Sesungguhnya..tiap hari yang berlalu...setiap jam..minit..dan detik yang berlalu..telah aku lewati dengan selalu mencintaimu..kerana kau PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL..Maka, cintailah aku dengan apa adanya pada diriku ini..Jangan kau anggap aku wanita sempurna..Maafkan aku kerana aku wanita biasa...

sAyAnG MaK,SaYaNg AbAh

Mak,mak,mak

Balik sekolah mesti saya cari mak,mesti saya panggil mak.Kalau mak tak ada dalam rumah,saya cari mak disekeliling rumah.Saya nak mak ada sentiasa didepan mata.Bila saya nak sesuatu mesti saya minta kat mak. 'Homework' pun saya tanya mak,alhamdulillah mak sedia membantu dan bantuan mak selalunya tak mengecewakan saya malahan mendapat pujian guru-guru.Mak saya serba boleh,seorang yang berdikari dan tak suka menyusahkan orang lain.

Mak,mak,mak...

Setiap hari saya ulangi lagi panggilan itu tanpa jemu-jemu.Selagi hayat dikandung badan saya ingin buat yang terbaik untuknya.Maklah segala-galanya bagi saya,tanpa mak tiadalah saya kat muka bumi ini.Dalam hati saya berkata-kata, "InsyaALLAH,kalau diizinkan ALLAH,akan saya beri yang terbaik untuk mak saya".

ALLAH berfirman:

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)". (Luqman ayat:14)

Mak,mak,mak...

Saya panggil lagi dengan seikhlas hati dan kasih sayang yang mendalam.Tak dapat saya bayangkan andai panggilan itu sudah berakhir.Saya tahu setiap yang hidup pasti akan mati.Janji ALLAH itu pasti.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya". (A-li'Imraan ayat:185)

"KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur". (Yunus ayat:4)

Selagi hayatnya ada saya ingin berbakti kepadanya.Saya nak jadi seorang anak yang solehah yang sentiasa mendoakan kebaikan dunia akhirat untuknya.Maklah yang mengandung,melahirkan,membesar dan mendidik saya.


Abah,abah,abah....

Saya panggil juga,saya tak lupakan abah. Mak dan abah adalah insan yang paling saya sayangi.Mak dan abah sentiasa dihati saya.Abah baik,tak pernah marahkan saya.Kata-kata yang sentiasa keluar dari bibir abah adalah kata-kata yang mengeratkan kasih sayang,mengembalikan kemesraan seisi keluarga.Saya sayang mak,saya sayang abah.

Abah,abah,abah...

Dengan penuh berhikmah dan sopan santun saya ulangi lagi panggilan itu,juga tanpa jemu-jemu.Selagi hayat mak dan abah ada,saya tak akan berhenti memanggil mereka berdua,juga selagi hayat saya ada,saya akan berkorban untuk mereka berdua.Saya rasakan pengorbanan yang saya lakukan tak setimpal mana pun berbanding pengorbanan yang mak dan abah lakukan untuk saya.Terlalu kecil perbandingannya.

Abah,abah,abah...

Saya ulangi lagi seikhlas hati.Terima kasih untuk abah,walaupun kesihatan abah tak mengizinkan abah masih lagi berpeluang melihat saya neniti ke menara gading.Abah adalah seorang abah yang terbaik sanggup ketepikan penderitaan dan kesusahan sendiri untuk kesenangan anak-anak.Abah memang terbaik.Sudah hampir 3 bulan abah diuji olehNYA,abah tetap tabah dan sabar menghadapinya.Alhamdulillah ujian dariNYA,tak menjadikan abah seorang yang berputus asa malahan semakin mendekatkan abah padaNYA.Moga abah cepat sembuh,andai itu takdirnya terimalah dengan hati yang lapang.

Mak,mak,mak...Abah,abah,abah...

Tiada istilah jemu dalam hati saya untuk panggilan itu.Malahan sentiasa dihati sebab mak dan abahlah yang terbaik untuk saya.Airmata mengalir laju,bila teringatkan tiada lagi panggilan itu andai mak dan abah tiada lagi.Pada siapa lagi yang harus saya mengadu setiap masalah yang dihadapi,pada siapa lagi saya nak mengharapkan belaian kasih sayang,pada siapa lagi saya nak berkongsi suka duka,pada siapa lagi untuk saya tanya itu dan ini....pada siapa?Airmata mengalir lagi tanpa henti,teringat lagi mak dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya dunia dan akhirat.Andai mak dan abah tiada lagi,siapa pula yang akan berkongsi kegembiraan andaikata saya berjaya dalam hidup(berjaya dunia dan akhirat),sebab itulah yang sangat-sangat diharapkan oleh mak dan abah supaya saya menjadi seorang insan yang solehah.Mak dan abah tak minta saya berjaya pada pandangan mata manusia tapi biarlah saya berjaya pada pandangan ALLAH.Harapan saya pun macam tu juga,biarlah di pengakhiran nanti Syurga menanti saya...insyaALLAH.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya : "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah, siapakah dari keluargaku yang paling berhak dengan kebaktianku yang terindah?"

Jawab beliau, "Ibumu! Kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu, kemudian yang terdekat kepada mu, yang terdekat."

Sayang mak,sayang abah.
Doa untuk mu wahai ibu dan abahku..

" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (An-Naml 27:19)

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil". (Al-Israa' ayat:24)

Siapa lah diriku..


Kiranya daku menjadi seorang isteri..
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami..
... Pengembang perjuangan di S A Y A P K I R I..
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan ALLAH..

Namun Ya Tuhan..
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Biarku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya.....

Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarij'nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu jua..
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Atau sesuci Maryam...seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat ALLAH
Namun...
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid mujahidah yang rindu memburu syahid
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman...

sTop MAkSiAt,BerSiHkAn JiWa,BeTuLkAn nIaT

Kadang-kadang diri letih dengan mainan dunia, sampaikan terasa macam nak menangis puas-puas, tapi tahan selagi boleh, sebab air mata tak boleh selesaikan masalah

Diri ini tidak sesekali mahu mengeluh dengan ujian-ujian ini ya Allah, tetapi terkadang jiwa yang menanggung terasa begitu beban. Aku mesti kuat!

Kadang-kadang , aku menangis sendirian..

Menangis mengenangkan diri yang semakin hari semakin terasa jauh dari rahmat dan kasih sayang Mu. Aku bimbang, aku takut, aku sedih andai Kau yang selalu di sisi suatu ketika dahulu, pergi meninggalkan ku yang tenggelam dalam lautan dunia.

Aku di sini, sangat merindukan suasana tahajjud di sepertiga malam Mu,
Aku di sini, sangat merindukan bacaan Ma'thurat di pagi dan petang Mu,
Aku di sini, sangat merindukan alunan ayat suci Mu yang mengalir keluar dari bibirku di saban hari,
Aku di sini, sangat merindukan kata-kata semangat yang pernah aku perolehi dahulu,
Aku di sini, sangat merindukan saat mata bertemu dengan sahabat-sahabat yang ku kasihi,
Aku di sini, sangat merindukan ketenangan dan kelapangan masa untuk beribadah,
Aku di sini, sangat merindukan bacaan-bacaan ilmiah yang tersusun di rak buku milikku,

Ya Allah, di mana seharusnya aku melabuhkan rasa rindu ini..
Andai diri ini terlalu sibuk menguruskan hal-hal duniawi..

Aku tidak mahu menjadi semakin lemah,
Kembalikanlah semangat ku yang dahulu,

Seorang mujahidah kecil,
Yang selalu bersemangat dalam apa jua keadaan,
Yang selalu ceria dalam kehidupannya,
Yang ingin menjadi kuat tika yang lain kelemahan,

Aku takut dengan maksiat dan zina,
Di sini, iman ku kerap kali di uji,
Di setiap langkahan kaki ku,

Aku bimbang aku bepakaian bukan kerana Mu,
Aku bimbang aku menjadi insan yang lain,
Aku bimbang semua yang ku lakukan bukan lagi kerana Mu,

Ya Allah,
Disetiap sujud ku,
Kerap kali ku meminta agar Kau tidak meninggalkan ku,

Aku menangis dalam hati ku,
Kerana di saat ini,
Tiada insan yang mengerti apa yang sedang ku lalui,

.

Bacalah Yassin.......


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.5. Jika terpenjara akan dibebaskan.6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya...8.. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya..
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya..
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

TINTA BUAT BAKAL SUAMI...(SESUATU YG WAJAR DIBACA)

Assalammualaikum wrt wbt. Buatmu, Bakal suamiku. Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang jauh dimata tp dekat dihati. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang  khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini. Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;
“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan. Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu

Ketika Bunga Di Taman Sebelah Lebih Indah


Setiap orang pasti mendambakan pasangan yang idaman yang sempurna. Entah sempurna itu dilihat dari segi akhlak mahupun paras ataupun kriterianya yang lain.

Orang cantik takkan habis menghiasi dunia. Orang tampan pun akan sentiasa ada. Anak-anak yang comel akan membesar menjadi manusia dewasa yang menarik, cantik dan tampan. Walaupun tak menggoda, ada sahaja hati yang akan tergoda melirik, bahkan menginginkan. Walaupun telah ada seseorang yang setia mendampingi.

Cinta datangnya dari hati kerana cinta berkaitan keserasian hati dua insan. Ketika kita telah menemuinya, maka jagalah dengan berusaha sekuat hati. Jagalah hati pasanganmu. Jika kita inginkan jodoh terbaik maka jadilah yang terbaik kerana jodoh itu sebahagian daripada kita

Allah akan berikan pasangan yang terbaik kepada hambannya, walaupun kadangkala tidak sama dengan doa yang dipanjatkannya.

Apa alasan Allah sebenarnya?

kerana : “Adalah lebih baik jika Aku memberikan kepadamu seseorang yang Aku tahu dapat menumbuhkan segala ciri – ciri yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semua kriteria yang kamu inginkan itu.

Pasanganmu akan berasal dari tulang dan daging kita sendiri , dan kita akan melihat diri kita sendiri di dalam dirinya dan kita berdua akan menjadi satu. Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana kita dan pasangan kita akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain. Tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid.

Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu.


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)

Suatu pernikahan seharusnya membuat hati tenang selama qanaah menghiasi hati. Apa ertinya ucapan, “Aku meminangmu kerana agamamu…” jika ternyata setiap makhluk cantik yang boleh membuat mata seorang suami melotot. Apa ertinya ucapan, “Aku menerima pinanganmu kerana agamamu…” jika masih mengagumi ketampanan atau harta benda yang dimiliki lelaki lain.

Tiada manusia yang sempurna. Jika suatu pernikahan itu syaratnya harus membuatkan orang sempurna, maka mungkin tidak ada pernikahan yang berjaya di dunia ini. Ketidaksempurnaan pasangan tidak harus menjadikan alasan dalam pernikahan. Banyak hal di dunia ini yang tetap boleh berjalan walaupun tak sempurna. Bahkan kesempurnaan tak pernah menjamin kebahagiaan.

Jika telah ada seseorang yang mendampingimu, maka ialah yang terbaik. Jika “milik” orang lain nampak lebih baik, yakinlah bahawa itu bukan yang terbaik untukmu, kerana memang Allah tidak menaqdirkannya untukmu. Jika Allah telah takdirkan, jagalah semampumu. Dunia ini hanya ujian, bersabarlah.

Jika kita mencintai seseorang jagalah hatinya.. 
Jangan pernah kita sakiti hatinya 
Rawatlah hatinya dengan cinta yang ada di dalam hatimu.. 
Siramlah dengan air asmara jika hatinya kering 
Cinta tidak akan abadi jika diantara kita 
Tak memiliki rasa perhatian dan pengertian 
dan Cinta akan hancur 
Jika kau panah dengan busur ego dan cemburu mu.. 
Jagalah hati pasangan kita masing – masing 
Dengan seluruh jiwa ragamu bila kita benar2 mencintainya 
dan cinta juga boleh memberikan semangat.. 
Tapi cinta juga boleh menyakitkan bila menusuk hati.. 
bahkan sakitnya melebihi tubuh yang tertusuk pisau.. 
kerana cinta telah menyembunyikan pisaunya.. 
janganlah sekali – kali engkau bercinta bila kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya.. 
kerana jika kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya, 
maka bukan cinta abadi yang kau dapatkan.. 
melainkan hanya sakit hati yang mendalam yang kau dapat. 
Kerana cinta itu hanya kebahagiaan sesaat 
apabila kau tak tahu erti cinta yang sesungguhnya..

Memang kadangkala bunga ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah… tetapi sebenarnya bunga ditaman sendiri itu lebih berharga.. Jagalah bunga yang telah kita miliki janganlah disia-siakan ia kerana kita akan sangat menyesal ketika kita telah kehilangannya…

Sahabat Hingga Ke Syurga

That happy moment when you've found the person that will help you improve your deen...
Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain kerana Allah
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & membuatkan dia tidak  senang denganku
Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati,
maafkan tiap khilafku
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tapi aku senantiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi dalam payah & senangmu
Kerana
PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI


Sahabat yang soleh dan solehah
Laksana penjual kasturi
Sedikit kesannya
Keharuman melata

Sahabat yang soleh dan solehah
Kebaikannya menjadi tumpuan
Keimanannya terus digilapkan
Ketaqwaannya dapat ditingkatkan
Mengalahkan syaitan yang siang
Malam berjuang untuk kerosakan

Sahabat yang soleh dan solehah
Rupa paras bukan jadi bandingan
Darjat & pangkat bukan soal pilihan
Kejayaan yang dimiliki di atas dunia bukan jadi ukuran
Yang mulia di hati budi
Asasnya Iman
Neracanya Taqwa



Sahabat yang soleh dan solehah
Ialah yang menegur kesilapanmu
Bukan niat untuk menunjuk pandai darimu
Bukan kerana untuk mencari silapmu
Bukan disebabkan membenci dirimu
Bukan gara-gara iri hati padamu

Ketahuilah
Sahabat yang soleh dan solehah sangat menyayangi akan sahabatnya

Tidak tegar melihat sahabat yang dicintainya terus tersasar & tersasar
Dari cinta & redha Ilahi

Sahabat yang soleh dan solehah
Akan berusaha menegur kesilapanmu dengan penuh berhikmah
Agar ia tidak berulang
Melarangmu dari melakukan kemungkaran
Yang membetulkan kesalahan
Yang mengingatkan dari kealpaan
Yang menasihatkan dari kelalaian
Yang berusaha sedayanya membawamu jauh dari lembah kemaksiatan
Yang berusaha seupayanya membawamu jauh dari lembah kebinasaan
Yang berusaha segigihnya agar dirimu jauh dari lembah kehancuran


Tidak setakat menganggukkan kepala
Mengiyakan apa yang kau kata
Setuju apa yang kau bicara



Sahabat yang soleh dan solehah
Ialah disimu pada setiap keadaan
Yang meraikanmu pada saat kegembiraan
Yang mendampingimu pada saat kesedihan
Yang sanggup berkongsi kepentingan
Yang tidak pernah mengungkit pemberian
Yang senantiasa mendoakan kebahagiaan buat sahabatnya tanda ingatan
Yang tidak pernah berundur dari medan perjuangan
Untuk merealisasikan sebuah pengorbanan


Sahabat yang soleh dan solehah
Malunya mengatasi perawan

Beraninya mengatasi pahlawan
Cintanya bukan pada gambaran
Rindunya bukan pada pertemuan

Sahabat yang soleh dan solehah
Hatinya sarat dengan Iman
Rantingnya Ikhlas
Dan puncak keredhaannya menjadi tumpuan

Sessungguhnya
Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah persahabatan yang telah kau bina dengan penuh kasih & sayang
Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan



Sahabat yang soleh dan solehah
Yakinilah bahawa ajal & maut sebagai satu permulaan kebahagian & berdoalah bahawa akan kau dipertemukan semula dengan sahabat solehmu oleh Allah di Jannatul Firdaus yang abadi
InsyaAllah

Sahabat yang soleh dan solehah
Cintailah sahabatmu hanya kerana Allah
Kelak
Halawatul Iman dapat kau nikmati 

Ketahuilah bahawa,
Memiliki Seorang Sahabat Sejati Adalah Lebih Berharga Dari Seribu Teman Yang Mementingkan Diri Sendiri

Dari Abu Darda' ra,
Bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
"Doa seorang Muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab;
pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan :
"Semoga Allah mengabulkan & untukmu juga seperti itu."
(Riwayat Muslim)