Dalam melakar sebuah diari...pelbagai kisah hidup aku ceritakan...pelbagai perasaan hati aku luahkan...pelbagai permintaan aku kemukakan..namun ku tahu, KAU tetap setia mendengar...Walau aku tidak tahusejauh mana diari ini dekat denganMu,walau aku tidak tahusejauh mana diari ini diangkat kepadaMu,walau aku tidak tahusejauh mana dari ini baik pada pandanganMu,namun ku tahu, KAU tetap setia mendengar...Ya Rabb,episod diariku kali ini,hanya luahan rasa syukur,syukur yang teramat syukur,atas segala nikmatMu...


zikrullah n doa

aKu HaNyA wAnItA bIaSa....

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...

Terima kasih kerana telah memilihku antara ribuan bidadari di luar sana yang mungkin jauh lebih baik dan solehah berbanding diriku..Ketahuilah dirimu, sesungguhnya aku hanyalah wanita biasa yang jauh daripada kesempurnaan..kerana kesempurnaan itu hanyalah milik DIA..


Ketahuilah dirimu..

bahawa aku mungkin tidak sebjak Aisyah Humaira'..aku mungkin berbuat salah dan adakalanya mungkin akan menyebalkan..Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapi diriku..nasihatilah aku dengan hikmah wahai bakal zaujku..
Ingatlah, aku takkan selamanya dan selalunya akan kelihatan cantik di matamu..mugkin ada kalanya aku akan kelihatan kusam dan hodoh..mungkin kerana aku terlalu sibuk di dapur..menyediakan hidangan buat dirimu dan mujahid-mujahid cilik kita nanti..insyaALLAH..
maka aku mungkin tampak kotor dan berbau asap..Atau mungkin kerana aku harus mengemas istana kecil kita, agar kau dan mujahid-mujahid kita dapat tinggal dalam keadaan yang kemas dan menenangkan..Maka mungkin aku tidak sempat berdandan secantiknya untuk menyambutmu pulang kepenatan dari bekerja...maafkan aku wahai zaujku...

Atau mungkin kau akan melihat diriku terlelap saat mendengar keluhan dan ceritamu..bukan kerana aku tidak mahu mendengar celotehmu lagi..tetapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak..aku harus menjaga mujahid kecil kita yang terjaga sepanjang malam..dan kerana aku tahu dirimu yang kepenatan bekerja mencari rezeki untuk kami sepanjang hari, maka tidak sedikit aku mengusik lelapmu...dan esok pagi, andai kau melihatku begitu kepenatan dengan lingkaran gelap di mataku, tetaplah tersenyum padaku..kerana kau kekuatanku wahai suamiku..


Kepadamu yang bakal menjadi nakhoda sepanjang hidupku..

Aku mungkin tidak dapat menjadi setabah Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku menangis dan marah yang tak tertahan..kerana aku hanya wanita biasa..ada masanya aku memerlukan tempat untuk melepaskan rasa hatiku..melepaskan kepenatanku...dan yang aku perlukan saat itu hanyalah pelukan dan belaianmu..kerana kau ibarat titisan embun yang boleh memadamkan segala resahku...

Mungkin ada kalanya aku akan mencubit dan memukul perlahan si kecil kerana lelah dan penatku ditambah rengekannya yang tak pernah habis..Sungguh, tidak pernah terlintas untuk aku menyakiti mereka..bukankah mereka "our beloved lil mujahid"? Cuma kekadang aku mungkin kehabisan cara utk menenangkannya..Maka aku minta janganlah kau membentakku saat itu kerana telah menyakiti buah hati kita...cukup dengan kau usap kepala memujukku...kerana dengan itu aku tahu kau menghargai semua yang telah aku lakukan untuk kalian..maka, saat itu ka akan menemuiku menangis menyesali perlakuanku menyakiti mujahid-mujahid kecil kita..dan aku akan merasakan ribuan kali sakitnya dari apa yang telah aku perlakukan kepada mereka..maafkan aku wahai suamiku..






Kepadamu yang bakal menjadi imamku sepanjang hidupku..

Ketahuilah aku mungkin tidak sekuat Rabiatul Adawiyah..Maka jangan pernah jemu membangunkanku di sepertiga malam untuk bermunajat bersamamu kepada Yang Maha Pengasih..Jangan letih mengingatkan aku mendulang amalan-amalan sunnah..Jangan pernah bosan mengajari aku..membimbing aku ke arah-Nya...Bukankah telah kite berjanji untuk menjadikan pernikahan ini sebagai medium yang menguatkan lagi cinta kita kepadaNya..

Kepadamu kekasih hatiku duniaku akhiratku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambut yang dulunya cantik mengurai dan lebat menghitam, mula menipis dan memutih..Kulitku yang halus menegang kian kendur lalu tangan yang dahulu halus menjadi kasar..Aku bukan lagi wanita yang telah kau khitbah dahulu, janganla kau berpaling dariku wahai kekasih hatiku..kerana satu yang tidak akan pernah berubah hingga ke akhir nafasku...cintaku buat dirimu...i love u because of ALLAH..moga aku tetap menjadi bidadarimu lagi di syurgaNya nanti..

Sesungguhnya..tiap hari yang berlalu...setiap jam..minit..dan detik yang berlalu..telah aku lewati dengan selalu mencintaimu..kerana kau PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL..Maka, cintailah aku dengan apa adanya pada diriku ini..Jangan kau anggap aku wanita sempurna..Maafkan aku kerana aku wanita biasa...

No comments:

Post a Comment